Tuesday, March 19, 2013

sari stem cell


SENIWATI SARIMAH AHMAD MELAWAN KANSER DGN B17

Berpantang maut sebelum ajal
Terharu membaca kisah Datuk SArimah Ahmad yg mengidap kanser tahap dan disahkan oleh doktor pada tahun 2009 utk hidup selama 3 bulan sahaja tetepi masih sihat kerana mengamalkan rawatan alternatif B17.

Air mata cuba ditahan agar tidak mengalir laju dari kelopak matanya saat membuka rahsia mengenai penyakit barah hidung dan otak yang dimaklumkan oleh doktor ketika menjalani pemeriksaan pada April tahun lalu.

Sejak tarikh 20 April tahun lalu, hari yang dimaklumkan oleh doktor mengenai penyakit yang dideritainya, kehidupan Sarimah berubah secara total.

“Kak Mah masih ingat tarikh 20 April tahun lalu, bila Farawahida, Jamil dan Siti Rohani (arwah menantu yang meninggal kerana kanser payu dara pada Julai tahun lalu) membawa Kak Mah ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan keputusan perubatan, Kak Mah hanya berserah pada Allah.

“Tatkala doktor mengesahkan Kak Mah mengidap penyakit barah hidung dan otak tahap empat dan hanya ada waktu tiga bulan untuk hidup, Kak Mah hanya melafazkan `aku reda’.

Sebetulnya, tidak ramai yang mengetahui primadona yang bakatnya diasah oleh Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee itu sudah diserang kanser sejak 2007 lagi.

“Waktu itu, dalam seminggu sekurang-kurangnya Kak Mah demam dan batuk sampai tiga empat hari. Bila makan ubat, demam kebah dan batuk pun reda.

“Bukan itu sahaja, malah kadang-kadang waktu tengah malam, tiba-tiba lidah Kak Mah keras. Kak Mah tak boleh rasa apa pun. Kepala sakit macam nak putus nyawa.

satu hal yang tidak sanggup untuk dilalui pelakon Madu Tiga dan Ibu Mertuaku itu ialah proses perubatan kimoterapi yang disyorkan doktor kerana proses itu amat menyakitkan.

“Melihat kedegilan kak Mah enggan menjalani kimoterapi, Usha membawa kak Mah berjumpa doktor dan memberitahu keadaan sebenar. Bukan Kak Mah tidak percaya dengan perubatan moden, tetapi dalam usia Kak Mah ketika itu sudah mencecah 67 tahun ketika, tubuh Kak Mah tidak mampu menerimanya lagi.

“Bagi Kak Mah biarlah Kak Mah bertahan begitu dan jika Allah akan menjemput Kak Mah pulang, Kak Mah reda daripada menjalani proses kimoterapi,” kata Sarimah berkali-kali.

Ketika Sarimah menanggung kesakitan yang amat sangat dan teraba-raba untuk mencari ubat, seorang kawan membawanya berjumpa seorang Profesor yang dikenali sebagai Prof. Syed yang menawarkan makanan tambahan B17 yang diimport dari Mexico.

“Sebelum mengamalkan pil supplemen ini, Kak Mah harus menjalani ujian darah. Hasil daripada keputusan ujian darah itu barulah Profesor berkenaan mengetahui penyakit Kak Mah. Keputusannya, Prof. Syed mendapati Kak Mah mengidap kanser hidung dan otak tahap empat dan Kak Mah juga ada masalah jantung,” Sarimah menjelaskan hasil penemuan dengan professor berkenaan.

KNSER DAN BIJI APRIKOT BIJI APRIKOT / VITAMIN B17 /LITERIL

Seorang profesor perubatan Argentina berkata "jika anda adalah pengidap kanser,dan doktor mengatakan pada anda tiada apa lagi yang bolih mereka lakukan,maka hendaklah anda memakan biji aparikot sebanyak mungkin'. Sebelum kita pergi lebih jauh memperkatakan mengenai petentangan pendapat mengenai kemujarapan biji aprikot dalam melawan kanser/tumor kita perlu mengenali beberapa istilah kimia yang berkaitan dengan biji aparikot.

VITAMIN B17 - LAETERELE ENZIM TRYPSIN CYANIDE AMYGDLINE BENZALDEHYDE GLUCOSE HYDROCYNIC ACID RHODANESE

VITIMIN B17 JUGA DIKENALI SEBAGAI LAETERELE Keujudan Vitamin B17 sebenarnya tidak diiktiraf olih Instituit Perubatan Amerika. Walaubagaimanapun mereka mengetahui keujudan LAETERELE.Pengkaji vitamin B17 mempertahankan apa yang dikatakan vitamin B17 seperti juga buah grandberies yang kaya dengan vitamin B12 yang diiktiraf olih FDA. Enzim Trypsin-Ia merupakan salah satu dari berjenis jenis enzim yang terdapat dalam tubuh manusia dimana fungsi utamanya ialah mencerna protin.

CYANIDE - DIHASILKAN BILA B17 BERTINDAK BALAS AMYGDLINE BENZALDEHYDE GLUCOSE HYDROCYNIC ACID RHODANESE

Biji aprikot telah diketahui sejak zaman dahulu lagi mempunyai khasiat yang menyembuhkan atau penampan kepada kebanyakkan penyakit yang dihidapi manusia.Ia bukan saja menjadi makanan kelaziman manusia bahkan haiwan liar terlebih dahulu mengetahui tentang kemujarapannya dari serangan penyakit.Bahkan manusia mempelajarinya dari haiwan tentang kemujarapm aprikot ini.Jika anda sesat didalam hutan dan ingin memakan dedaun atau buah didalam hutan yang anda tidak pernah tahu,perhatikanlah kepada burung burung dan haiwan yang melata.

Sejak beribu tahun manusia telah mengetahui bagaimana untuk memenafaatkan aprikot ini untuk kesihatan mereka. Aprikot dimakan bukan sekadar buahnya tetapi biji,daun dan akarnya dijadikan sumber untuk merawat pelbagai penyakit. Para saintis telah membuat pelbagai ujikaji keatas pokok aprikot terutamanya buahnya.Dan mereka merumuskan aprikot mempunyai salah satu vitamin yang amat berkesan untuk mencegah kanser.Ia dinamakan B17 dan dikenali juga sebagai LaetrileIa ditemui oleh Dr. Ernst T. Krebs, Jr. Jika anda merujuk kepada tulisan tulisan dilaman web, anda akan temui banyak penulisan berkaitan vitamin B17 yang aamat berkesan untuk mencegah pembiakan tumor atau kanser.Dan buah aprikot dikatakan mempunyai kandungan vitamin B17 yang terbanyak berbanding dengan buah buahan lain di dunia. Tetapi ramai dikalangan kita terutamanya di Malaysia yang tidak mengetahuinya sedangkan di barat terutamanya di Amerika, buah aprikot menjadi makanan kesihatan harian dan dijual di pusat membeli belah dan farmasi dalam bentuk pil.

Diberitakan sejak penemuan vitamain B17 dalam buah aprikot ditemui ia mendapat tentangan hebat dari pihak pihak pengeluar ubat moden,hospital hospital dan pihak insuran terhadap keberkesanannya mencegah kanser.Ini disebabkan buah aprikot tidak boleh dipatenkan dan ia merugikan pihak insuran kerana tiada siapa yang ingin membeli insuran perubatan yang mahal jika pihak berkuasa Amerika mengesahkan "dengan memakan 7 butir biji aprikaot sehari adalah mustahil untuk kanser membiak didalam badan anda".

Tetapi inilah kenyataan yang ditulis olih saintis saintis yang membuat penyelidikkan mengenai vitamin B17.Tetapi malangnya konspirasi ini telah diguna pakai diseluruh dunia yang menyebut doktor adalah dilarang untuk menskripsi Amygdalin (juga dikenali sebagai vitamin B17 dan Laetrile) kepada pesakit kanser walaupun mereka mengetahuinya kerana terikat dngan etika perubatan yang diselaraskan seluruh dunia.

Kita mungkin hairan dan tertanya tanya kenapa kita jarang mendengar mengenai keturunan kita terutamanya dari nenek anda keatas yang mati kerana kanser.Adakah kerana mereka memakan buah aprikot.Tidak semestinya.Sebenarnya mereka banyak mengambil ulaman dan makanan makanan dari dalam hutan terutamanya dalam bentuk biji bijian yang baru kini diketahui mempunyai pelbagai mineral dan vitamin.Ini termasuklah vitamain B17.

Penyakit kanser hanya banyak diperkatakan orang sejak 1970an atau 80an hingga kini kerana pada ketika itu kita disuakan dengan konsep makanan segera yang dipelopori oleh syarikat syarikat makanan segera dari Amerika. Adalah diangarkan di Amerikat setiap 10 orang ,3 darinya adalah pengidap kanser.Dan sehingga kini lebih banyak jenis makanan segera tempatan dihasilkan tanpa mengambilkira bahan bahan beracun untuk sistem badan kita.Lihat saja iklan di kaca tv yang memaparkan seorang ibu yang pulang lewat dari tempat kerja membelikan makanan dari restoran segara untuk dijadikan hidangan malam keluarganya.

Tahukah anda memakan daging yang dipanaskan berlebihan akan menyebabkan enzim pencernaan semulajadi yang terdapat dalam daging akan terhurai dan ini menyebabkan badan terpaksa mengerahkan enzim trypsin untuk mencernakan daging dan ini akan menyebabkan sel kanser dalam badan diabaikan. Ini tidak bermakna anda tidak boleh makan daging yang dimasak sepenuhnya,tapi anda perlulah mengambil makanan lain yang mempunyai keupayaan untuk memusnahkan sel kanser.

Buah aprikot adalah yang terbaik. Anda juga perlu mengambil lebih sayuran hijau,ulaman,jus nenas,apel hijau,pisag atau anggur untuk memusnahkan sel kanser.Tetapi apabila anda sudah didiagnos dan disahkan mempunyai tumor, daging dan lebih banyak makanan lain yang berunsur pemangkin kepada pembiakkan sel kanser mesti dihindari.Di akhir artikel ini disertakan cadangan permakanan yang dicadangkan untuk tidak diambil atau diambil berlebihan yang dicadangkan olih para saintis yang membuat penyelidikan mengenai kanser.

Jika anda telah disahkan mempunyai tumor atau kanser anda biasanya ditawarkan dengan beberapa jenis peringkat perubatan olih pihak hospital. Anda perlulah bersedia dengan sejumlah duit simpanan jika anda tidak mempunyai insuran kesihatan.Jika anda tidak mampu pastikan waris anda mengutip derma dari orang ramai untuk membiyai kos perubatannya yang amat mahal. Biasnya doktor akan menawarkan untuk melakukan pembedahan untuk membuang tumor yang jika dilakukan dihospital swasta akan menelan kos pulohan ribu ringgit.Saya mempunyai sahabat yang mempunyai kanser dikenakan cas sebanyak satu ratus ribu ringgit untuk membuang tumor dan ditawarkan peluang 50/50 untuk hidup!.

Bayangkanlah cara birokrasi perubatan berperanan. Anda perlu membayar mereka 100 ribu ringgit walaupun selepas pembedahan itu anda mati.Tidak ada risiko dipihak mereka walaupun pembedahan itu nantinya menemui kegagalan.Anda sebaliknya kehilangan 100 ribu yang anda tidak pasti samaada ia berbaloi atau tidak.Fikirkanlah.

Sementara perubatan kimoterapi akan juga menyebabkan wang simpanan anda kering dan ia sebenarnya tidak mempunyai rekod yang cemerlang untuk untuk dibuktikan.Kimoterapi juga memakan belanja yang besar bergantung kepada tahap kanser anda.Jika anda mempnyai kanser tahap 4 kimoterapi boleh mencecah 5 ribu ringgit sekali lawatan.Ia ibarat memasukan racun lalang kedalam badan anda.Ia memmbakar sel kanser anda dan sel sel sihat yang ada berdekatan bahkan ia membuat satu perkara yang amat malang bagi sistem badan anda kerana ia turut memusnahkan sistem imun anda yang amat diperlukan untuk melawan penyakit2 lain yang biasanya tidak merbahaya kepada anda seperti selsema,demam dan batuk.Seseorang yang sedang dalam proses menjalani kimoterapi jika ia demam sekalipun biasanya akan mendapat rawatan kecemasan kerana para doktor mengetahui pesakit itu beradalam risiko yang amat tinggi kerana "imune system" telah termusnah akibat kimoterapi.

Kimoterapi juga tidak memberi jaminan yang sel kanser anda telah musnah seratus peratus.Disegi saintifik,sebahagian kecil sel sel kanser yang terurai hasil dari kimoterapi ini beredar didalam saluran darah dan mencari lokasi pembiakkan yang baru.Kita biasa mendengar pesakit pesakit kanser yang telah menjalani rawatan kimoterapi hanya bertahan untuk beberapa bulan atau tahun. Para pakar perubatan ini mampu mencongak tumbesaran kanser anda dan memberikan tarikh sebenar ajal anda tanpa membuka mulut mengenai vitamin B17 yang ada didalam aprikot.Kalau adapun yang berani sikit menggunakan bahasa kiasan tentang permakanan dan pantang larang untuk memanjangkan sedikit lagi usia anda.Inilah etika yang digarap olih penyagak penyagak kapitalis barat.Sedangkan kanser amat berkesan untuk sembuh jika pada peringkat awal dikesan terus diberikan suntikkan atau pil B17 yang sememangnya diketahui mampu melawan kanser.Nyawa tiada nilai jika wang ringgit menjadi perhitungan.

Luangkan masa anda menonton video berikut untuk anda memahami dengan lebih lanjut mengenai B17 dan seterusnya membuat pilihan kaedah rawatan alternatif yang anda perlukan untuk merawat penyakit yang amat merbahaya ini.Atau anda bolih terus menonton termuramah dengan G Edward Griffin penulis buku mengenai Aprikot dan Vitamin B17.

Sekiranya anda telah menjalani rawatan kimo terapi atau rawatan laser yang memusnahkan sistem pertahan badan anda perlu mendapatkan produk AHCC (Active Hexose Correlated Compound) untuk membina semula sistem pertahanan badan bagi membantu melawan pembiakkan sel kanser yang baru sementara vitamin B17 memusnahkan sel kanser yang lama.

Khusus buat pesakit Kanser