Tuesday, March 19, 2013

teknologi ozon fortified (gas ozon)





Terapi ozon kini semakin mendapat tempat di kalangan pesakit yang ingin mencuba rawatan alternatif. Ramai telah mendapat manfaat daripada terapi tersebut.

Malah, ada juga individu yang tidak berpenyakit menjalani terapi ozon semata-mata merawat darah supaya sentiasa 'muda dan sihat'.

Terapi Ozon Membunuh Kuman

Ozon merupakan bahan semula jadi yang tercipta sebagai satu khasiat daripada Allah SWT kepada manusia.

Ozon terdapat di sekeliling bumi. Ia menghalang sinar X dan bahan toksik masuk ke atmosfera bumi. Bahan ini apabila bertindak dengan ozon, maka ia akan di musnahkan. Apabila ribut berlaku, ozon di langit akan jatuh ke laut dan sungai dan ini membantu kehidupan menjadi lebih sihat.



Dalam darah pula, ozon bertindak sebagai bahan yang menghapuskan kuman dan menyegarkan sel-sel tubuh.

Apabila ozon masuk ke dalam darah, atom-atom oksigennya bercerai dan membentuk oksigen yang sangat tinggi serta baik bagi darah. Ia berkitar dalam darah membunuh sel-sel kuman dan memberi kesegaran kepada tisu-tisu tubuh.

Mesin Terapi Ozon

Menyingkap sejarah terapi ozon, ia mula digunakan sebagai kaedah perubatan pada tahun 1898 di Berlin. Kandungan ozon yang terdiri daripada 3 atom oksigen berjaya dicipta dan digunakan dengan selamat oleh seorang doktor di Berlin.

Ciri-ciri mesin ozon yang terkini iaitu Eboo Safe memberi kelebihan kepada pengguna. Ia dilengkapi penapis yang mampu menyingkirkan secara langsung plak kolestrol menjadikan paras kolestrol berkurangan dan pemakanan ubat boleh dikurangkan. Umum mengetahui bahawa kebanyakan ubat anti-kolestrol mempunyai kesan sampingan, oleh itu kaedah ini mampu membantu kita.

Ozon juga meningkatkan imuniti dan menjadikan sel darah lebih anjal dan mudah masuk ke tisu dalam tubuh. Ada penemuan penyelidikan mendapati ozon mempunyai pelbagai kebaikan dan langsung tiada keburukan kerana ia merupakan sejenis super oksigen yang diperlukan tubuh.

Ozon bukannya rawatan pesakit buah pinggang, sebaliknya sesuai digunakan oleh pesakit diabetes, obesiti, masalah kulit, imuniti dan bagi mereka yang ingin memudakan sel dalam tubuh.



Luar Negara

Di Eropah, ozon digunakan dengan meluas bagi membersihkan air minuman. Mereka membina jana kuasa ozon yang besar kerana selain membunuh kuman, air bercampur ozon adalah selamat dan sesuai diminum.

Di Rusia pula, teknologi ozon digunakan dengan luas dalam bidang perubatan. Aplikasinya sangat besar sehingga mereka menubuhkan hospital yang menggunakan ozon untuk pelbagai jenis rawatan. Penyelidikan yang berterusan adalah penting bagi membolehkan kita melihat lebih banyak potensi kebaikan rawatan ozon.

Di India dan Thailand, ada hospital dan klinik di sana mengadakan seksyen khas bagi rawatan alternatif seperti ozon, herba, akupuntur dan sebagainya. Ini memberikan banyak pilihan kepada pengguna dan membawa kebaikan kepada pesakit.

Mekanisme

Teknologi terkini sistem generator ozon perubatan membolehkan darah ditapis. Proses penapisan itu akan menyingkirkan sel lemak, kolesterol, asid urik dan bahan buangan. Hasilnya rawatan ini dengan cepat membantu menurunkan paras kolestrol dalam darah.